Kompendium ini ialah tanda penghormatan kami, sebagai satu
bahagian dalam Agensi Nuklear Malaysia, kepada setiap modal insan yang terlibat
dalam penyelidikan, pembangunan dan komersialisasi, berteras kepada sains dan
teknologi nuklear dalam pertanian dan sains hayat, bermula awal 1980an hingga
masa kini. Penerbitan berbentuk
direktori ini memaparkan sorotan atau “highlights” atas aktiviti-aktiviti utama
kami, seperti pembaikbakaan tanaman, penyinaran makanan, fitosanitari,
pengurusan tanah dan tanaman, kelestarian agroekositem, dan pemprosesan sinaran
atas bioproduk serta hasil sampingan pertanian. Legasi kecemerlangan dan
semangat setiakawan yang utuh bermula dari rakan-rakan penyelidik dan pelaksana
Unit Sains Hidupan, Program Isotop dan Sinaran dalam Biologi dan Pertanian
hingga ke Bahagian Agroteknologi dan Biosains, insya-Allah dengan penuh iltizam
kami teruskan. Semoga kompendium R&D&C ini dapat menyumbang kepada pembudayaan
pengurusaan pengetahuan (KM) di Agensi Nuklear Malaysia.