Kompendium ini ialah tanda penghormatan kami, sebagai satu
bahagian dalam Agensi Nuklear Malaysia, kepada setiap modal insan yang terlibat
dalam penyelidikan, pembangunan dan komersialisasi, berteras kepada sains dan
teknologi nuklear dalam pertanian dan sains hayat, bermula awal 1980an hingga
masa kini. Penerbitan berbentuk
direktori ini memaparkan sorotan atau “highlights” atas aktiviti-aktiviti utama
kami, seperti pembaikbakaan tanaman, penyinaran makanan, fitosanitari,
pengurusan tanah dan tanaman, kelestarian agroekositem, dan pemprosesan sinaran
atas bioproduk serta hasil sampingan pertanian. Legasi kecemerlangan dan
semangat setiakawan yang utuh bermula dari rakan-rakan penyelidik dan pelaksana
Unit Sains Hidupan, Program Isotop dan Sinaran dalam Biologi dan Pertanian
hingga ke Bahagian Agroteknologi dan Biosains, insya-Allah dengan penuh iltizam
kami teruskan. Semoga kompendium R&D&C ini dapat menyumbang kepada pembudayaan
pengurusaan pengetahuan (KM) di Agensi Nuklear Malaysia.
Di sini kami menyediakan maklumat tentang teknologi nuklear yang tepat dan betul dan digunakan secara aman di Malaysia terdiri daripada siri risalah umum, Warta Nuklear Malaysia, Laporan Tahunan dan sebagainya. Semua maklumat adalah benar sewaktu cetakan.
Tuesday, January 20, 2015
Tuesday, January 06, 2015
Warta Nuklear Malaysia : Pengiktirafan Kepakaran Nuklear Malaysia Di Peringkat Antarabangsa
JILID 7 (BIL. 3)
Warta Nuklear Malaysia : Pengiktirafan Kepakaran Nuklear Malaysia Di Peringkat Antarabangsa
Hanya versi online disediakan. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Warta Nuklear Malaysia : Pengiktirafan Kepakaran Nuklear Malaysia Di Peringkat Antarabangsa
Hanya versi online disediakan. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Monday, January 05, 2015
Warta Nuklear Malaysia : Pengurusan Pengetahuan Nuklear Malaysia
JILID 7 (BIL. 2)
Warta Nuklear Malaysia : Pengurusan Pengetahuan Nuklear Malaysia
Hanya versi online disediakan. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Subscribe to:
Posts (Atom)